Kalau kita ditanya: “Apakah kamu beriman kepada Allah?”
Kita pastinya akan pantas menjawab: “Ya”
Kerana, itu adalah keyakinan kita. Benar?
Kita pastinya akan pantas menjawab: “Ya”
Kerana, itu adalah keyakinan kita. Benar?
Namun kadangkala, keyakinan kita ini akan tergugah bila diuji. Saat-saat sukar dan pertolongan lambat tiba, kita mula ragu dan mempersoalkan: “Ish, Allah ni dengar tak doa aku?”
Bila kita ditimpa kecelakaan, kita akan merungut: “Kenapa la Allah buat macam ni kat aku?”
Bila kita cuba bertaubat dari dosa, tetapi kemudian asyik mengulanginya, kita berkata: “Allah ni memang takdirkan aku masuk neraka ke?
Sepatutnya kita perlu bersangka baik terhadap Allah...
Bersangka baik. Bersangka baik kepada manusia yang kita nampak pun sudah sukar. Apatah lagi hendak bersangka baik kepada Allah yang ghaib.
Namun, di sinilah sebenarnya ukuran keimanan kita. Iman itu sukar kerana kita banyak ber’komunikasi’ dengan keghaiban, dengan tidak terlihat. Beriman kepada Allah yang ghaib, beriman kepada malaikat yang ghaib, beriman kepada hari kiamat yang tidak tahu bila, beriman kepada qada’ qadar yang kita tidak tahu apa-apa. Tiga dari lima rukun iman adalah perkara ghaib yang tidak akan kita tahu berkenaan dengannya, melainkan apa yang telah Rasul dan Kitab beritahu kepada kita.
Bukan mudah bersangka baik kepada Allah, tetapi di sinilah bukti keimanan kita.
Berapa ramai yang memilih untuk meneruskan keimanannya hingga ke hujung waktu? Berapa ramai pula yang tersungkur dengan ujian keimanan ini dan memilih untuk meninggalkan Allah?
Di dalam sejarah manusia, ada beberapa cerita yang membangkitkan kesedaran berkenaan hal ini:
Kisah Nabi Musa AS.
Ketika Allah mengarahkannya membawa Bani Israel melarikan diri dari Firaun pada waktu malam, Nabi Musa AS telah mendapati dirinya dan Bani Israel terperangkap antara Laut Mati dan tentera Firaun yang mengejar di belakang pada waktu pagi esoknya.
Bani Israel ketika itu sampai ada yang berkata: ““ Musa, apakah yang kau bawa kami ini? Di hadapan kita laut, di belakang kita Firaun dan bala tenteranya. Nampaknya kita akan tersusur, kita akan hancur!”
Apakah kata-kata Nabi Musa AS ketika itu?
“Kalla…” Sekali-kali tidak. Sekali-kali kita tidak akan hancur.
Kenapa Nabi Musa AS dapat menyatakan sedemikian rupa, walau nyawanya tersepit antara Laut Mati dan Tentera Firaun?
Kerana Nabi Musa beriman kepada Allah hingga ke akhirnya. Dia yakin, Allah tidak akan meninggalkannya. Dia yakin, Allah tidak akan memungkiri janji-janji-Nya.
Akhirnya, laut mati terbelah dipukul tongkat Nabi Musa, mukjizat kurniaan Allah, dan Firaun mati lemas di Laut Mati ketika cuba mengejar
Jadi, kita bagaimana?
Bila berhadapan ujian, bila berusaha tetapi sering menemui kegagalan, saat merasa sempit, ketika merasa ditinggalkan, bagaimana kita bertindak?
Bila berhadapan ujian, bila berusaha tetapi sering menemui kegagalan, saat merasa sempit, ketika merasa ditinggalkan, bagaimana kita bertindak?
Merungut-rungut kepada Allah? Atau memilih untuk terus meyakini-Nya, dan beriman kepada-Nya?
Sesungguhnya, kepada orang-orang beriman itu, hanyalah kemenangan di akhirnya.
Kalau bukan kemenangan di dunia, pastinya kemenangan di akhirat menanti manusia yang beriman kepada Allah SWT.
Maka, marilah sama-sama kita, bersangka baik kepada Allah, dan memilih untuk terus beriman kepada-Nya hingga ke akhirnya.
Walau dalam kesempitan, walau terdorong ke tebing gaung yang dalam, tetapkanlah iman kita agar tidak tergugah.
Allah hendak memberikan sesuatu yang besar kepada kita.
Diambil drpd website langit ilahi...
No comments:
Post a Comment